Salah satu kaedah pengajaran moden yang dimaksudkan adalah aplikasi
penggunaan e-learning. Kaedah ini menggunakan sokongan sepenuhnya menerusi
perhubungan internet di mana ia boleh mencipta, menggalakkan penghantaran ilmu
dan sebagai salah satu pembelajaran berpusatkan pelajar secara interaktif.
Melalui e-learning, pelajar boleh mengakses internet di mana sahaja mereka
berada dan tiada jangka masa yang ditetapkan dengan fungsi telekomunikasi yang didapati.
(Zaidatun, Jamalludin, Helmi & Khairiyah, 2005).

Kaedah moden yang lainnya merupakan kaedah pengajaran dan permbelajaran
berpusatkan kendiri. Kaedah ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam
melakukan segala yang diingini oleh mereka untuk mencapai kemajuan terhadap
diri mereka sendiri di samping peranan guru hanyalah sebagai permantau. Ishak
(2009) menyatakan bahawa guru boleh mengembangkan pengalamannya dengan melihat
kepada potensi pelajar yang mampu melaksanakan segala kerja dengan sendiri
tanpa bantuan yang banyak. Melalui kaedah ini, pelajar akan melalui beberapa
proses iaitu menganalisa keperluan, menjana idea sendiri untuk mencapai
objektif pernbelajaran, memastikan bagaimana sesuatu pelajaran yang mereka
pelajari itu boleh didapati dan seterusnya refleks kembali terhadap sernua
perkara yang telah diperolehi semasa penyelidikan dijalankan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Pendidikan menggunakan media elektronik atau e-pembelajaran telah lama
diimplementasikan di institusi pendidikan di Malaysia khususnya institusi
pengajian tinggi sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat bagi melangkah
ke arena pendidikan tanpa sempadan. Keperluan terhadap e-pembelajaran dijangka
terus meningkat apabila kerajaan ingin menyemai budaya pembelajaran sepanjang
hayat (DePAN, 2010). Memperkenalkan dan menggunakan media elektronik dalam pengajaran
dan pembelajaran merupakan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi
merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, e-pembelajaran juga
membolehkan pelajar mengakses sumber pendidikan dengan lebih meluas dan
merupakan pembelajaran secara kendiri serta membolehkan kerjasama dengan
pelajar lain dari pelbagai generasi, negara, budaya dan latar belakang (Zhang,
2013). E-pembelajaran telah membuka peluang kepada pelajar untuk belajar dari
mana sahaja mereka berada tanpa mengira masa dan tempat belajar (Sithole &
Onyari 2012; Abaidoo, & Arkorful 2014; Adnan, Ali & Ahmad, 2015). Namun
begitu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran
yang dikemukakan oleh penyelidik lepas seperti faktor pelajar dan budaya.